• Thu. Aug 18th, 2022

ADAT DAN SOGIT TOBILUNG-KECEDERAAN

  • Home
  • ADAT DAN SOGIT TOBILUNG-KECEDERAAN

SERANGAN, UGUTAN & AMARAH

Menyebabkan kecederaan:
Barangsiapa yang menyebabkan kecederaan kepada seseorang tanpa sebab-sebab yang munasabah telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-

A. Jika luka dan keluar darah
(a) Membayar denda 1 buah tinukul dan
(b) Membayar adat sogit 1 ekor ayam (besar) dan
(c) Membayar adat pulanut 1 bontuk dan
(d) Membayar adat sompol 1 depa kain putih (balasu) dan
(e) Membayar kos perubatan

B. Jika patah tulang mana-mana bahagian tubuh
(a) Membayar adat denda kecederaan 1 ekor kerbau (indung) dan
(b) Membayar adat sogit 1ekor ayam (besar) dan
(c) Membayar adat sompol 1 depa kain putih (balasu) dan
(d) Membayar kos perubatan

C. Jika buta mata sebelah denda adat sama seperti denda adat di bahagian II

D. Jika buta kedua-dua belah mata
(a) Membayar adat denda kehilangan mata 2 ekor kerbau (indung) dan
(b) Membayar adat sogit 1 ekor ayam (besar) dan
(c) Membayar adat pulanut 1 bontuk dan
(d) Membayar kos perubatan
NOTA: PERKARA D MENYEBABKAN ORANG MENJADI OKU.


Kredit : 1 Tobilung